Ramai yang masih tidak ketahui namun sebenarnya terdapat banyak antivirus yang ditawarkan percuma. Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk mendapatkan lesennya.
Ramai tertanya-tanya apakah kebaikan menggunakan versi yang percuma dari berbayar ? Dan ada pula yang beranggapan versi percuma tidak bagus langsung. Tanggapan itu sebenarnya salah kerana enjin ataupun sistem antivirus mereka adalah sama tiada perbezaan dari yang percuma mahupun berbayar.
Perbezaan yang ketara adalah dari segi ‘protection’ / keselamatan yang disediakan. Selalunya yang berbayar mempunyai semua ciri seperti tersedia antispyware dan firewall.
Perbezaan yang ketara adalah dari segi ‘protection’ / keselamatan yang disediakan. Selalunya yang berbayar mempunyai semua ciri seperti tersedia antispyware dan firewall.
Langkah menyediakan antivirus percuma ini merupakan strategi pemasaran mereka agar kita membeli yang berbayar kerana selalunya semua ciri tersedia dan server untuk kemaskini (update) adalah lebih cepat. Malahan ada pula antivirus ini mengumpul virus-virus baru dari versi free mereka agar pengguna yang berbayar dapat mengesan virus itu. Fikir-fikirkan ..
Sebenarnya sesuatu antivirus itu tidak dapat dinilai terbaik untuk satu jangka waktu. Dimana ada kalanya ia tidak dapat mengesan sesuatu virus. Untuk memastikan keberkesanannya sekiranya fail virus dapat dikesan, tindakan yang perlu diambil adalah dengan melapor dan menghantar virus itu kepada website antivirus itu sendiri.
Dengan kaedah menghantar virus baru kepada syarikat antivirus anda telah membantu pengguna lain di dunia yang belum terkena virus itu.
sumber dari : http://itinfo.uthm.edu.my/arkib/antivirus-percuma
0 comments